Quantcast
Channel: Koleksi Gambar Artis Malaysia
Viewing all 78 articles
Browse latest View live

Syarul Ridzwan Bersyukur Masih Bernyawa

$
0
0

Pelakon Syarul Ridzwan menyatakan rasa syukur selepas terselamat dari kemalangan jalan raya di Seremban yang hampir meragut nyawanya pada petang Khamis.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang semalam semasa pelakon berusia 25 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penggambaran drama berjudul ‘Street Vendetta’

Kereta jenis Honda City yang dipandu oleh Syarul tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan kemudiannya berpusing sebanyak dua kali sebelum terbalik.

Kereta Syarul rosak teruk akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Syahrul bagaimanapun melalui laman Instagram miliknya memberitahu dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan bersyukur kerana terselamat dari kemalangan tersebut.

“Saya okay. Takde kecederaan lngsung, saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi, baru habis shooting Street Vendetta.

“’Accident’ dekat Jalan Bukit Nanas, Seremban. Jalan licin sebab baru lepas hujan baru lepas hujan, sy hilang kawalan , terlanggar divider, kereta berpusing dua kali.

“Saya tak pengsan tak luka, Alhamdulillah, tak ada apa2. Terima Kasih,” tulisnya.

Berikut merupakan beberapa foto yang diambil oleh saksi di tempat kejadian.



Faralyna Idris Kini Sah Isteri

$
0
0

Jutaan tahniah diucapkan kepada Faralyna Idris dan Muhammad Fikri Abdullah yang telah sah bergelar suami isteri malam semalam. Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di  atas kapal Cruise Tasik Putrajaya. Pihak pengantin lelaki dan perempuan masing-masing menghantar 5 dulang hantaran. Untuk makluman, Faralyna dan Fikri telah bertunang pada Mei lalu selepas bercinta selama dua tahun.

Majlis resepsi Faralyna dan Fikri akan berlangsung di Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya, malam ini. Faralyna telah pun melahirkan rasa syukurnya atas kelancaran majlis yang berlangsung walaupun lokasi majlis pernikahan ditukar pada saat akhir. Kata Faralyna menerusi Berita Harian:-
Alhamdulillah di sebalik kekalutan dan minit akhir kami mengubah lokasi majlis perkahwinan, akhirnya semua berjalan seadanya. Terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu melancarkan segala-galanya.
Setakat ini kami tak merancang lagi nak berbulan madu ke mana-mana. Keputusan berkahwin ini pun mengejut… secara tiba-tiba apabila Fikri ajak saya kahwin. Perkara baik, keluarga pun tak ada halangan. Mungkin tahun depan kami akan berbulan madu.
Ikut keinginan hati ingin ke Pulau Maldives. Tapi tak kisahlah mana-mana janji kami dapat luangkan masa berdua menikmati keindahan fasa awal perkahwinan. Soal anak pun kami tak ada perancangan. Terima saja rezeki jika ada dalam masa terdekat
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Faralyna dan Fikri. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Semoga dimurahkan rezeki untuk cepat-cepat menimang cahaya mata. Tahniah!!!


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Ziana Zain Jalan-Jalan Di Turki (15 Gambar)

$
0
0

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Ziana Zain. Baru-baru ini, diva bersuara tinggi ini telah berkongsi beberapa keping gambarnya ketika berjalan-jalan di Turki. Menarik sungguh!!! Antara tempat yang telah dilawati oleh Ziana Zain ialah Masjid Biru. Sedikit sebanyak timbul juga rasa teringin menjejakkan kaki ke Turki selepas melihat gambar-gambar yang telah dikongsi menerusi Instagram Ziana Zain ini.

Kembara Ziana Zain di bumi Turki ini telah mengambil masa selama 9 hari. Untuk peminat Ziana Zain, khabarnya penyanyi ini akan muncul dengan lagu baru pada awal tahun 2015. Pastinya ramai yang dah tak sabar kan? Untuk mengubati rindu di dada, silalah tengok gambar Ziana Zain ketika berjalan-jalan di Turki. Menarik gila..
















Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Galeri gambar Putri Mardiana

Zul Huzaimy bertunang

$
0
0

Setelah gagal dalam perkahwinannya yang terdahulu, Zul Huzaimy telah pun berkongsi berita gembira mengenai pertunangannya dengan seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Misz Erna. Untuk makluman, Zul Huzaimy telah bercerai sejak tahun 2010 dan ada desas-desus menyatakan teman wanita barunya ketika itu adalah isteri orang. Namun tidak diketahui sama ada Misz Erna adalah orang yang sama ataupun wanita yang berbeza.


Tahniah diucapkan kepada Zul dan Erna atas pertunangan ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga ke hari pernikahan. Nanti kongsi-kongsikanlah tarikh bersejarah tersebut. Pasti ramai peminat yang teringin melihat Zul naik ke jinjang pelamin sekali lagi. Tahniah!!!


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Gambar Nora Danish bercuti di Bali

Galeri Gambar Raja Ilya

$
0
0

Pelakon Raja Ilya yang cantik menawan. Komen ANDA? KLIK GAMBAR UNTUK SAIZ GAMBAR YANG EBSAR







 
 


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Nama anak Johan Raja Lawak didedahkan

$
0
0
Johan sudah pun mengumumkan nama penuh bayinya iaitu Nur Latifah Chantiq Hanania dan boleh panggil Chantiq. Buat masa ini tiada gambar penuh kerana johan inginkan privasi untuk kehidupan anaknya. Apapaun Tahniah Johan dan Ozlyn.





Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Pakaian Dato’ Ac Mizal Jadi Trending

$
0
0

Pakaian unik pengacara terkenal Dato’ Ac Mizal semasa mengacarakan program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) minggu kelima menarik perhatian ramai.

Dato’ Ac tampil dengan memakai sut lengkap berwarna kuning yang memaparkan karikatur 'wajahnya' itu ternyata mengundang pelbagai reaksi peminat.

Lebih menarik lagi, karikatur tersebut dilengkapi dengan tagline Dato' Ac iaitu 'Peace' All'

Malah sut rekaan pereka fesyen berbakat iaitu Fairuz Ramdan itu juga telah menjadi perbualan di media sosial sehingga menjadi ‘trending worldwide’ di Twitter.

Berita itu dikongsi oleh isteri Dato’ Ac, Emylia menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang berbunyi:

“Wow weee… Hihihi BajuAc trending worldwide… Congrats to my designer @itsfr, This is Magic!! Hihihihi gud job my bro.” tulisnya.
Namun jangan salah sangka rata-ratanya memberikan reaksi positif dan melebelkan Dato 'Ac sebagai salah seorang pengacara paling ‘stylo’ dalam industri hiburan.


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Shahrol Nafi masam Muka Dengan Ajak

$
0
0

Persembahan kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak sememangnya dinantikan oleh ramai orang setiap minggu. Iyerlah, masa Maharaja Lawak Mega musim sebelum ini, lawak mereka memang kelakar. Sayangnya untuk tahun 2014 ini, kumpulan Shiro masih kurang menyengat. Lawak biasa-biasa je. Boleh dikatakan kumpulan Zero punya lawak lagi kelakar daripada mereka.

Kalau sebelum ini Shahrol pernah dikatakan berselisih faham dengan Jep Sepahtu, baru-baru ini pelawak tersebut dilihat bermasam muka terhadap pasangannya sendiri, Ajak. Ada dakwaan yang menyatakan mereka berdua pura-pura akrab dan profesional di hadapan orang ramai untuk menyembunyikan konflik yang tercetus. Namun menurut Shahrol, dia tidak berperang dingin dengan Ajak sebaliknya kecewa dengan produksi MLM2014. Kata Shahrol:-
Memang betul selepas persembahan malam itu saya marah, tapi bukan dengan Ajak. Saya geram dengan produksi sebab susunan props ketika kami buat persembahan tidak mengikut rancangan. Muka saya agak masam ketika berbual dengan Ajak mengenai hal itu di belakang pentas. Mungkin kebetulan masa saya mengadu kepada Ajak, ada yang ternampak dan tersalah sangka, jadi tersebarlah cerita begini.


Pastinya para peminat Shiro menarik nafas lega mendengar penjelasan Shahrol ini. Agak rugi kalau Ajak dan Shahrol bergaduh sesama sendiri lebih-lebih lagi ketika MLM2014 sedang berlangsung. Nanti tak dapatlah nak buat yang terbaik. Apa pun, diharapkan Shiro akan meningkatkan mutu persembahan mereka minggu ini. Jangan terlalu selesa dengan nama anda. Peminat sekarang sudah bijak dan tak takut untuk tidak mengundi mereka yang membuat persembahan tak kelakar. Sumber Harian Metro.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Isteri Kekasih dakwa Puteri Mardiana Menipu

$
0
0

Putri Mardiana dalam akhbar semalam memaklumkan yang kekasihnya, Ejump telah pun menceraikan isterinya di mahkamah semalam. Namun menerusi makluman terbaru yang diterima iaitu daripada orang terdekat kepada isteri Ejump sendiri, kes penceraian mereka masih lagi berlangsung dan ia hanya akan dibicarakan pada bulan 2 tahun hadapan. Ini bermakna Ejump masih lagi berstatus seorang suami sekaligus menimbulkan persoalan mengenai perancangan berkahwin pada tahun hadapan seperti yang diwar-warkan oleh Putri Mardiana.

Menariknya isteri kepada Ejump sendiri turut sama memuatnaik status yang menyatakan kes penceraiannya masih lagi berlangsung dan belum selesai seperti yang dikatakan oleh Putri Mardiana.


Semoga cepat-cepat ada jalan penyelesaian. Sumber Astro Gempak.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Gambar Fazura yang Seksi Badabommm

$
0
0

Admin akui memang terpesona dengan keanggunan selebriti Fazura ini. Gambar ini diambil ketika pelancaran Program "Facing Up to fazura" di Channel E Astro. Apa komen anda? Seksi? Seksa atau anggun.?







Sumber gambar:
GosipMalaya

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Izue Islam Elak bersentuhan pelakon wanita

$
0
0

KUALA LUMPUR, 18 DIS 2014: Pelakon Izzue Islam masih berpegang pada prinsip cuba tidak akan bersentuhan dengan pelakon wanita di set penggambaran terutama babak romantik.
Bagi dirinya, banyak cara lain untuk melihat sesuatu plot itu kelihatan mesra dan romantik selain daripada bersentuhan atau berpeluk.
“Walaupun bunyinya macam janggal tapi bagi saya ada sebabnya, jangan salah faham sebab setiap pelakon ada cara masing-masing untuk mengekalkan karektor.
“Sebagai memegang status sebagai seorang suami, menjaga aib pelakon wanita yang bujang adalah tanggungjawab saya, jadi tak perlu diperbesarkan isu ini,” kata Izzue ditemui portal Murai.com.my dimajlis sidang media Oh My English: Villa Isabellaaa!? di ibu negara.
Menurutnya, prinsip yang dia pegang ini hasil perbincangan dengan pengurusnya iaitu Awin dan majoriti produksi yang memberi tawaran berlakon tidak merasakan ia adalah masalah besar.
“Krew produksi pun okay, tidaklah merasakan kalau tiada adegan berpeluk itu memberikan masalah kepada mereka untuk ‘shoot’.
“Mereka semua ‘happy’ dan banyak perkara lain yang perlu ditekankan semasa sesi penggambaran terutama dari segi kamera, skrip dan tumpuan kepada watak yang ingin dilakonkan,’ ujar Izzue.
Sumber
Astro gempak


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Che Ta buat Passport anaknya Untuk melancong

$
0
0

Dalam diam-diam tu, pelakon dan juga pengacara Primadona Rozita Che Wan telah siapkan passport untuk anaknya Aaishah Dhia Rana.
Comel sungguh foto Aaishah di passport tu, rasa mcm nak cubit-cubit pipinya.
Sumber dari Instagram beliau dengan kapsyennya “yeaaay Aaisyah can now see the world now.”
Dengan pelbagai tempat Che Ta hastag seperti London, Paris, dan Amsterdam. Nampak gayanya Che Ta dah siap siaga untuk pergi bercuti dengan bayi comelnya itu.
Apapun admin ucapkan selamat bercuti. Tapi pastikan lepas pantang..Mana tau nanti kesihatan terjejas kalau tak ikut tempoh berpantang.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Pelakon Hetty Sarlene Bersama BF baru

$
0
0





Jom layan foto foto terbaru pelakon Hetty Sarlene bersama kekasih Mat Sallehnya.


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Foto Zul Ariffin Macho Bergaya

$
0
0

Siapa tak kenal bintang macho malaya terbaru Zul Ariffin. Ramai Awek, bini, makcik dan nenek yang mesti cair punya dengan ketampanan Zul Ariffin. Mula femes setelah muncul menjadi hero untuk slot drama di TV3 - Rindu Awak 200 Peratus. Apapun, enjoy gambar n video.












Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Dato’ Siti terima Anugerah Tokoh Srikandi Negara

$
0
0

Penyanyi terkenal dan popular negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Anugerah Tokoh Serikandi Negara yang disampaikan oleh isteri Perdana Menteri Bik Mama Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini merupakan anugerah tertinggi dan berprestij yang Dato’ Siti perolehi setelah hampir 20 tahun bergelar anak seni yang tidak jemu mempertabatkan industri muzik negara.

Beliau terpilih disebabkan menepati kriteria yang telah ditetapkan iaitu pencapaian cemerlangnya dalam bidang muzik sekaligus menjadi contoh terbaik untuk anak muda.

Bukan sekadar menyanyi malah beliau juga ahli perniagaan yang semakin dikenali menerusi produk kosmetiknya Simply Siti yang bakal menembusi pasaran Indonesia dalam waktu terdekat.

Selain beliau antara tokoh-tokoh yang meraih Anugerah Serikandi Negara ialah Tun Dr Siti Hasmah, Pengerusi RAM Holdings Bhd Tan Sri Norma Yaacob, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Dr Maznah Hamid, dan pendakwah bebas Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.

Tahniah Datuk Siti. Anda memang layak dengan anugerah ini. Sumber:murai.com.my


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Tunku Hanis Jelaskan Gambar Pergaduhan

$
0
0



Sejak semalam sebuah blog hiburan telah menyiarkan beberapa keping foto pelakon Tunku Hanis dan Liza Abdullah kelihatan sedang bergaduh di set sehingga perlu diredakan ramai orang disekelilingnya.

Blog tersebut mendakwa dua pelakon wanita ini sedang bergaduh sakan di sebuah set penggambaran namun tidak pula menjelaskan sebab mengapa pergaduhan itu tercetus.

Tunku Hanis menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya terkejut bagaimana foto itu telah tersebar, sedangkan ianya merupakan babak yang kami lakonkan dalam sebuah drama.

“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.

“Tapi tak mungkin saya nak bergaduh betul dengan Kak Liza, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior.Malah kami memang tidak pernah ada masalah,”katanya kepada portal blog hiburan murai.com.my ketika dihubungi.

Selain itu, Tunku Hanis berharap peminat-peminatnya tidak tertipu dengan penulisan blog hiburan itu.

“Sebenarnya saya malas nak layan perkara ini kerana memang ianya tidak benar. Saya harap peminat tidak tertipu dan saya tahu mereka lebih mengetahui,” luahnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Tunku Hanis yang kini merupakan pelajar separuh masa jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Suamiku Encik Sotong.


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Datuk Siti dan Datuk K bercuti di Maldives (3 Gambar)

$
0
0

Melalui laman instagramnya, Datuk CT menyiarkan gambar beliau bercuti Di Maldives bersama suami tercinta, Datuk K. Siapa yang tak tahu tentang keindahan Pulau Peranginan Pelancongan yang famous serata dunia ni. Jom Enjoy gambar2 percutian Datuk Siti dan datuk K



Sumber gambar:
Instagram Datuk CT

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Anzalna Mandi Buih di Negara Jiran (3 Gambar)

$
0
0

Ha tajuk macam gempak je. Bukan la mandi bogel,  tapi gambar Anzalna bercuti di Singapura di Kolam Infinity Pool di Marina Bay Sands yang popular itu. 

Dah penat bekerja apa salahnya manjakan diri dengan percutian untuk refresh balik badan dan otak yang sudah sedia penat. Jom kita check gambar Anzalna bercuti.




Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
Viewing all 78 articles
Browse latest View live